15 Okt 2013

Salam Aidiladha Seorang Perantau

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua..

Ringkas saja update untuk kali ini, hanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Tahun ini aku beraya Aidiladha di perantauan, setelah tahun lepas diberi peluang oleh Allah untuk beraya di rumah disebabkan kecelakaan yang menimpaku. Tahun ini, tiada lagi cuti extra macam tahun lepas, nampaknya kena beraya bersama rakan-rakan di Belgaum. Dengan rasa rendah diri, maafkan diri ini andai ada tersalah kata, terlanjur bicara dan menyakiti hati kalian.


Bilalah nak ada rezeki ke sini? Doakan aku =)

Jika di Malaysia, Aidil Adha disambut pada hari Selasa, 15 Oktober 2013, tapi di Belgaum, India, kami beraya pada Rabu, 16 Oktober 2013. Kenapa lewat sehari? Entahlah, mungkin ada perbezaan cara mengira kot. Beza ikut mazhab ke macam mana, tak pasti. Ikut je keadaan setempat ye dak?

Persediaan untuk Aidil Adha? Ada lah bawak stok dari Malaysia sikit. Baju raya pun ada ni. Bukan bersedia dari segi material je, mental pun kena bersedia. Cemburu bila tengok gambar semua ahli keluarga berkumpul di Pekan, Pahang untuk beraya. Aku sorang je yang takde. Life must go on kan? Boleh Skype dengan mereka di pagi raya, insyaAllah. Namun, kami ada kelas di pagi raya Malaysia. Pergi saja..

Lumrah hidup seorang perantau. Makan benda instant je, baik ada daripada takde.

Rindu pulak suasana kemeriahan raya haji di Kelantan. Kami di sebelah pantai timur memang menyambut hari raya haji dengan meriah, sama meriahnya dengan raya puasa. Beraya haji di perantauan mencetuskan rasa kesal jugak sebenarnya. Namun, ramai juga yang senasib denganku, maka bila fikir macam tu, reda sikit kekesalan itu.

Dalam kita berhari raya, janganlah lupa untuk menghayati kisah di sebaliknya. Cerita Nabi Ibrahim yang sanggup ‘mengorbankan’ anaknya (Nabi Ismail) demi melaksanakan perintah Allah menjadi iktibar setiap kali sambutan Aidil Adha. Ibadat haji juga merupakan satu bentuk pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan duit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.

Setakat ini dahulu untuk kali ini. Nantikan kisah Hari Raya Aidil Adha dari Belgaum!

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.”Surah al-Kauthar:2

 

2 ulasan:

  1. salam aidiladha rashdan
    wah jauhnye
    jap nak kumandangkan lagu 'dendang perantau. hikhik..sedih x?
    moga sukses di sana
    all d bez
    follow sini jugak

    BalasPadam