9 Jun 2013

Bahagian 2: Cerita-Cerita Balik Malaysia

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.. Jom sambung cerita Bahagian 1: Cerita-Cerita Balik Malaysia hari tu..

Sesampainya di Kota Bharu, Kelantan, setibanya di rumahku di Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab, aku bersyukur akhirnya dapat jua berehat setelah perjalanan panjang dan mencabar dari Bangalore ke Kuala Lumpur, kemudian ke Pekan dan akhirnya ke Kota Bharu. Dapat menunaikan hutang rindu kepada setiap orang yang aku sayangi.

Sepanjang masa aku di rumah, sepanjang masa jugalah cuaca kurang baik. Hujan sepanjang masa. Musim tengkujuh menyambut kepulanganku. Hujan lebat berterusan dan menyebabkan banjir di negeri Kelantan Darul Naim. Tak dapatlah nak belajar naik motosikal semula setelah kemalangan tempoh hari. Tak dapat juga nak ke Rantau Panjang bersama rakan-rakan. Kita hanya mampu merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.

Namun, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan rasa rindu aku kepada musim tengkujuh di Pantai Timur. Tak sama suasana musim tengkujuh di Pantai Timur jika dibandingkan dengan di India. Dah beberapa tahun terlepas suasana musim tengkujuh di rumah. Alhamdulillah, dikurniakan rezeki untuk mengalaminya pada tahun ini. Berjiwang sekejap. Hehe..

Banjir di Kota Bharu
Tak dapat keluar rumah.. Maknanya? Kita makan-makan lah yer. Terharu apabila mendapat tahu mak aku ambik cuti selama seminggu semata-mata ingin melayan kerenah aku. Anak bongsu, lelaki tunggal lah katakan? Balik dari India pulak tu. Jangan dengki. Hehehe.. Antara makanan yang sempat dijamah masa cuti hari tu:

Abah ke Kuala Terengganu untuk beli keropok lekor, sambil ada kerja yang perlu diselesaikan.
Keropok lekor yang telah siap digoreng. Memang terbaik!

Udang celup tepung kegemaranku

Ketupat sotong!

Kuih cakoi. Buat sarapan..

Nasi kerabu. Menu wajib bila balik rumah.

Kerang rebus. Kat Belgaum tak dapat benda ni.

Heliza Helmi. Oops! CoolBlog.. Minuman kegemaran, dan alhamdulillah, ada kedai CoolBlog yang baru dibuka berdekatan dengan rumah.

Gulai ketam. Lama tak makan ni.

Durian crepe dan chocolate crepe. First time makan ni. Sedap la pulak!
Bukan duduk rumah saje, ada jugak keluar sebenarnya. Balik kampung, ziarah nenek, mak dan bapak saudara dan juga sepupu. Melunaskan hutang rindu lagi. Sempat juga ke Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM Kubang Kerian (USMKK). Ini kali pertama ke USMKK setelah bergelar pelajar USM-KLE. Nak cari kawan-kawan yang belajar MD USM pun tak dapat, sebab mereka pun tengah cuti. Objektif ke sana adalah untuk menuntut Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) milik sendiri dan rakan-rakan lain di Belgaum. Aku ke USMKK bersama Mursyid Yasir dan Amir Izwan. Lepas je ambik tu, terus ke KB Mall, beli buku. Baucar buku buat beli buku, bukan beli gajet!

Di sinilah aku ditemu duga dulu untuk USM-KLE
Pejabat Akademik PPSP. Mana tempe-tempe Belgaum? Oh, aku kat Kelantan. Hehe..

Dapat jua. RM250 jumlahnya. Terima kasih DS Najib Razak! =)

Hasil tangkapan. Belanja al-Quran digital jugak untuk kegunaan mak.

Sempat juga aku ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan ataupun dahulunya dikenali sebagai Terminal Makanan Negara (TEMAN) di Tunjong, Kota Bharu. Kat sana macam pasar boronglah kiranya. Teman mak beli barang rumah dan barang untuk aku bawa balik ke India nanti.

RTC Kelantan
Macam-macam ada!
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Setelah 6 hari berada di rumah, terpaksalah mengucapkan selamat jalan kepada ibu bapa tersayang dan juga tanah Kota Bharu tercinta. Semoga kita berjumpa lagi pada hujung bulan Julai nanti. Pandai-pandailah anak terunamu ini menjaga diri. Perjuangan di Belgaum perlu diteruskan.

Destinasi seterusnya : Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur, sekali lagi aku tinggal di rumah kakak aku di Apartmen Sri Batu. Untuk dua hari sahaja. Hajatnya untuk bertemu dengan kakak ketiga yang belajar di UPM. Kalau tak jumpa ni, memang lambatlah lagi nak jumpa. Bertemu di Sogo pada hari Sabtu, 2 Mac 2013. Dah lama tak keluar sama-sama. Ini kali pertama kami tiga beradik + abang ipar + anak buah keluar bersama di Sogo. Semuanya dibelanja, itu yang seronok. =D

Anak buah yang comel, Muhammad Yusuf Mikail bin Syamsul Azmi. Baru masuk 1 tahun.

Chicken chop di Medan Selera Sogo.
Lepas ke Sogo, pergi Giant Batu Caves pulak, shopping bekalan untuk bawa balik ke India. Sumbat je semua dalam luggage. Ambik 35kg luggage untuk masa tu. Lepas shopping, hantar kakak no. 3 aku balik UPM dulu, tapi sebelum tu, singgah Kajang kejap, makan kat Ramal Food Junction.

Jom makan-makan! 1st time sampai sini.

Makan kat Burger Bakar Abang Burn. Dapat jugak merasa makan burger bakar.. Akhirnya

Tiba sudah tarikh 3 Mac 2013. Masa untuk pulang! Sedih la pulak, tapi takpe.. Perjuangan belum selesai. Tak lama dah nak balik nanti. Tahun ni je balik 2X setahun. Tahun depan dah tak kot.. Balik ni pun sebab ada hajat. Syukurlah semuanya terlunas. Pulang ke India dengan hati yang gembira dan penuh kesyukuran. Memori yang tercipta sepanjang seminggu di Malaysia takkan mungkin terlupa, menjadikan aku lebih bersemangat dalam belajar.

Oleh kerana tak nak menyusahkan, aku ke LCCT dengan KLIA Transit je. Mintak abang ipar dan kakak aku hantar kat KL Sentral saje. Lagipun nak cuba naik KLIA Transit untuk kali pertama.

Jom balik India! =(

Suasana dalam koc KLIA Transit. Perkhidmatan yang amat bagus, sepadan dengan harganya. Turun di stesen Salak Tinggi dan kemudian naik shuttle bus ke LCCT.
Nak dijadikan cerita, walaupun aku tiba di LCCT tepat pada masa, tapi flight ke Bangalore delay la pulak. Sepatutnya pukul 3.00 pm, tapi tangguh jadi 4.20 pm. Sempat solat Zohor dan Asar sekali. Makan-makan pun masih sempat.

Mirinda Strawberi berharga RM4.00 hanya di LCCT. =.='

Masa untuk berlepas. Selamat jalan.

Selamat tinggal, selamat jalan Malaysia. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. InsyaAllah aku akan kembali ke Malaysia pada 27 Julai 2013, 12.10 tengah malam. Sukarnya untuk aku menanggung rindu ini, namun tetap ku gagahi demi segulung ijazah Perubatan.

Suasana mendung seakan-akan menangisi pemergianku. Perasan. Hehe..

Makan-makan dalam flight.

Ada iklan USM-KLE dalam AirAsia. Bangga kejap =)

Sekian dulu coretan untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan