1 Jan 2012

Tahun Baru, Wajah Baru

Assalamualaikum, salam sejahtera 1Dunia!

Jangan tekan butang pangkah! Korang tak silap blog! Hehehe.. 2012 sudah tiba. Tiba juga ruang untuk aku menambah baik blog ni. Aku pun bosan tengok background yang sama je. Harap korang suka yer.


Mana muka aku yang 'hensem' tu? Takpe la, untuk memberi ruang kepada pembaharuan yang lebih segar, aku turunkan muka aku tu. Hehehe.. Malas la nak men'capub' sangat ni. Kalau la aku hot stuff tu takpe jugak! :D

InsyaAllah, 2012 ni, aku akan cuba pelbagaikan isi kandungan dalam blog ni, agar lebih mesra pelanggan. Hehehe.. Nak banyakkan info-info yang menarik, kalau boleh, dalam aspek perubatan dan macam-macam lagi, tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif.  Sama-sama kita belajar ye.. Ilmu yang baik elok dikongsi bersama. Aku tak suka kontroversi.

Sepanjang tahun lepas, aku dapat 23,363 pageviews dari korang. Terima kasih.. Aku dah cukup bersyukur atas sokongan korang kepada blog aku yang bersifat peribadi, dan tak seberapa. Hehe..  Alhamdulillah.. Kalau aku post pasal result, pasal PASUM, pasal USM-KLE, suka je korang ek? Masa tu la pageviews naik mencanak, macam bulan 5 hari tu, masa junior PASUM nak daftar, naik mencanak pageviews, dekat 6,000 dalam bulan tu je. Hehe.. Thanks kepada stalker-stalker sejatiku yang disayangi, sayang korang ketat-ketat.. Hehehe =)



Bila nak keluarkan 1st entry? Nantikan je lah.. Aku pun tak banyak masa nak update blog ni.. Akan cuba buat 100 entri dalam masa setahun ni, mudah-mudahan.

Masuk bulan 1, maknanya, tinggal 8 bulan genap untuk aku pulang ke Malaysia. Yeehaa! :)
(tu kat tepi dah ada countdown dah... hehehe..)

Azam tahun baru? Takde yang spesifik pun, cuma aku sedang menuju satu matlamat yang getir untuk tahun ini, iaitu LULUS TAHUN PERTAMA! Doakan aku berjaya yer.

Setakat ni dulu bebelan untuk kali ni, dan Selamat Tahun Baru 2012 semua! =)


SEMANGAT BARU, PERJUANGAN YANG SATU, DAN MATLAMAT HIDUPKU HANYA UNTUKMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan