21 Jan 2012

Samudra USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera 1Dunia.

Pada 22 dan 23 Januari 2011, Biro Sukan & Kebudayaan USM-KLE akan menganjurkan satu acara yang bernama 'Samudra' di kampus kami. Samudra ni adalah program sukan yang julung kalinya diadakan sejak bermulanya program USM-KLE.

Gempak kan?
Ada macam-macam acara untuk Samudra kali pertama ni.


  • Futsal
  • Badminton
  • Basketball
  • Table Tennis
  • Galah Panjang
  • Tarik Tali
  • Baling Selipar
  • Acara Trek
  • Ironman
Untuk menyemarakkan lagi keadaan, kami telah dibahagikan kepada 4 rumah sukan:

  • Yellow Atlantic
  • Red Celtic
  • Blue Arctic
  • Green Pacific
Aku akan mewakili rumah Yellow Atlantic untuk edisi kali ni. Tunggulah si Kuning bakal juara ini!! Rumah lain, beware! :D


Selain belajar dengan bersungguh-sungguh, pelajar-pelajar USM-KLE juga rajin berlatih untuk menghadapi Samudra ni. Yelah, masing-masing nak menang kan.. Sampai ade yang dah tercedera masa berlatih. Semangat tak semangatnye warga USM-KLE ni..


Sekalung penghargaan kepada Biro Sukan & Kebudayaan kerana sudi menganjurkan program ni yang aku percaya sangat bermanfaat untuk semua pelajar USM-KLE. Pensyarah-pensyarah pun excited jugak dengar khabarnye.. Satu petanda awal yang bagus la tu.. Tahniah buat pihak penganjur. Tak sabar dah untuk menantikan Samudra yang bakal menjelma =)

Sekian sahaja untuk kali ni. Laporan sekitar Samudra bakal menjelma tak lama lagi. Nantikan yer.

Majulah sukan untuk negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan