25 Okt 2011

Bangalore Oh Bengaluru.....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Apekedehal tajuk ni?? Hehehe... Sebenarnye aku telah menghadiri program berkenaan di Bangalore @ Bengaluru...


Wakil USM-KLE ada 10 orang je. Wakil 1st batch ngan 2nd batch masing-masing ada 5 orang. Program ni menyatukan ramai pelajar Malaysia dari segenap ceruk di India ni. Bolehla mengeratkan silaturrahim kan?? Program ni seronok jugak la, almaklumlah sume bende free kan? :)

Perjalanan ke Bangalore sangat jauh, iaitu lebih kurang 10 jam. Lagi jauh daripada perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur... Aduhaiii.. Sampaikan solat Subuh pun kat dalam bas taw.

Singgah dulu kat apartmen pelajar IMS-MSU kat Bangalore, sebab nak naik bas dari sana. Perjalanan ke Nandi Hills lama jugak la. Dalam 50km dari Bangalore. Dipendekkan cerita, tibalah ke Nandi Hills Resort. Tepi bukit tuh!


Saujana mata memandang.. =)


Inilah tempatnya...


Arnab ni comel -comel lahhh.. Rasa nak culik bawak balik Belgaum.. Heheheh...

Setibanya kat sana, masa mendaftar dapat alatan-alatan sebegini rupa:


Ini nama dia 'Buku Refleksi'.


Nama dia ni pulak 'Pen Refleksi'.

Buku Refleksi, Pen Refleksi ngan buku tentatif program haruslah dibawak sepanjang masa kursus. Hehehe.. Kira barang amanah la ni. Tujuannya untuk mencatat apa jua perasaan korang kat sana. Kalau tak tulis, mesti dah tak ingat pasni kan...

Banyak program LDK je sebenarnye. Aku masuk kumpulan C, sub-group 3. (LDK = Latihan Dalam Kumpulan).. Meh nak share sikit ape yg ade dalam buku refleksi aku tuh:

LDK 1:
"You and I"? Agak mencabar. Kena ingat nama ramai orang la pulak. Poning kepalo den haaaa... Nasib baik kena hafal 5 nama je. Hehehe...

LDK 2:
Lukis muka sendiri pakai tangan yang tak biasa guna! Hasilnye? Fulamak... Sangatlah BEZA dengan diriku yang hensem ini. Hahaha. Aku menggemukkan muka aku yang sedia 'kecik' tu lagi. Wakaka... Seronok buat macam ni. Kena cari tuan punya gambar. Dah jumpa tuan dia, nama dia Fazreena, asal Perak. Faraa pulak, dapat gambar aku, dan kena la tulis komen.


Aku memang 'pandai' melukis!! Gume tangan kiri, boleh la maafkan.. Heheh...

LDK 3:
Twisted? Memang twisted. Berbelit-belit. Group C3 dapat 2nd.

LDK 4:
Sesi lukis graf kehidupan lak. Tacink2 pun ade. Tak suke lah.

Lepas tu, jam dah menunjukkan pukul 11.15 malam, masa untuk tidur! Sambung esok hari pulak LDK nye...

LDK 5:
Kitorang usaha dahsyat jugak, tapi tak dihargai. Kumpulan A tak pandai menilai! Tapi diorang menang. Wadehek.... Bagi markah tak adil. Tak datang riadah tolak 5 markah, tapi kalau tolong sikit pun (+150)! Baik tak payah main game lahhh.

LDK 6:
Patutnya dah menang game Charade nih, tapi kemenangan dirampas! Dan-dan je buat 2nd round. Adehhh...

LDK 7:
"The More The Better". Kena list apa yang diminta secepat mungkin. Nyata C3 memang penuh dengan idea. Sangat membantu untuk kami menang. Dapat Ferrero Rocher!!

LDK 8:
Sesi psiko. Suruh tampal lirik "Inilah Barisan Kita". Kami tak sedar yang ada kesalahan ejaan kat kertas tu. So, kenalah gabung kumpulan untuk selesaikan semua tuh. Pastu kena nyanyi lagu tu sampai 'meremang bulu roma' akak fasi. Hadoiii.. Layan je la. Benda yang lebih kurang sama dah dibuat kat kem Biro Tatanegara 3 tahun lepas. Dah basi la modal nih. Aku layan je lah. Huhu...

Dah habis sume tu, tibalah masa untuk dinner. Guess what? Aku dijemput untuk buat persembahan! Aku dan sorang lagi member membantai lagu 'Apa Khabar Orang Kampung'.

Maka berakhirlah program itu malam tuh. Pagi esoknye, pukul 10, check-out dari resort tu. Sementara menanti bas 12 jam lagi, sempat jugak berjalan kat sekitar Bangalore. Mula-mula makan tengah hari disponsor oleh Encik Khairuddin Abdullah, wakil JPA kat Bangalore.. Sedap wooo!


Lokasi kejadian.

Lepas kenyang tuh, naik auto pulak, ke Mantri Square. Takde mood pulak nak shopping sakan.


Boleh tahan gempak jugak kat dalam ni. Ade la beli barang-barang yang berguna sikit...

Tapi yang paling best adalah..... (sila scroll bawah yer)




































KFC yang halal! Love it. Hehehe... Lama tak makan KFC nih, sejak tinggalkan Malaysia. Cuma yang terkilan sebab takde Cheezy Wedges. Hehehe.. Alhamdulillah, ade rezeki untuk menikmati KFC. Bawak balik jugak untuk kawan-kawan kat Belgaum.

Lepas tu, dalam pukul 10.10 malam, bertolak pulang ke Belgaum, dan pukul 7.00 pagi, tiba di bumi Belgaum. Pukul 8 dah kene masuk kelas? Apa lagi? Kalut ribut lah aku.... Huhu.. Sekian saja sesi peng'update'an blogku untuk kali ni.

Mengembara membuka minda dan perspektif anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan