15 Dis 2010

Happy Birthday To Me....

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.....


Pada 14 Disember 1992, seorang bayi lelaki dengan beratnya 2.7kg telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu (kini dikenali sebagai Hospital Raja Perempuan Zainab II). Bayi lelaki hasil perkongsian hidup Roslan bin Abdul Rahim dan Rakiah binti Ismail itu dilahirkan tepat pada jam 5.57 pagi. Bayi yang diberi nama Muhammad Rashdan itu, ternyata merupakan satu hadiah bermakna buat ibunya, kerana hari kelahiran bayi itu adalah sama dengan hari kelahiran si ibu. Tanpa sebarang komplikasi yang buruk, dengan izin dan rahmat Allah, bayi itu berjaya dilahirkan dengan cara yang normal.


Alhamdulillah, semalam aku dah masuk umur 18 tahun dah, ikut kalendar Masihi... Terima kasih kepada Allah S.W.T. yang memberi aku ruang dan peluang untuk menambahkan 'saham' aku di akhirat kelak. Aku bersyukur akan segala nikmatmu yang dikurniakan kepadaku... Harap dijauhkan daripada diri ini daripada putus daripada rahmatmu... Jangan juga diri ini dibutakan dengan rahmatmu kelak, ya Allah...






Kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari jadi kepadaku, terima kasih banyak... Syukran.. Alhamdulillah, masih ramai yang mengingati diri ini... Jazakallah...


Sambutan hari jadi kali ni, sebenarnya takde... Almaklumlah, jauh dari family... Ni first time berjauhan ngan family time birthday... Kalau tak, mesti dah dapat makan yang best2.. Hehehe.... Kan biasenye sekarang ni cuti sekolah.. Kan da abes sekolah...Tapi yang special, sebab boleh bersama rakan-rakan di PASUM pada birthday aku... Tapi yang terbaeknye, hari jadi aku BEBAS DARIPADA TEPUNG DAN TELUR!! Hehe...


Sempena meningkat naiknya usia aku, aku telah membuat satu keputusan muktamad. Aku akan berubah. Tapi mesti korang akan cakap, "Alaaaa... Tengok la berapa lama dia boleh tahan..." Tapi sebenarnya, aku akan mula secara perlahan-lahan. Transformasi diri ini akan meningkat sedikit demi sedikit. Semuanya kerana aku telah sedar bahawa diri ini sudah jauh terpesong daripada jalan Allah.. Tiba masanya untuk aku berubah, dan kembali.. Keesaan Allah membuatkan aku sedar akan tanggungjawab dan akur akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh aku, sebagai hambaNya yang sepatutnya taat akan perintahnya. Terima kasih akan seorang sahabat ini yang membantuku untuk kembali ke jalan yang benar.


Blog ni pun akan mulai dipenuhi dengan penulisan tentang banyak perkara lagi, sebagai menunjukkan peningkatan kematangan aku, bukan lagi tentang diriku semata-mata..


Doakan aku semoga aku akan jadi lebih konsisten... Dan doakan aku semoga sentiasa dalam redha Allah... Assalamualaikum...


Result Sem 1?? Errrrrr......

Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan