13 Feb 2010

EPISOD 3:SUATU KETIKA

Baiklah, ni sambungan episod 3.... Nak dijadikan cerita, akhirnya senior-senior aku masukla kat dalam dorm tu... Chowak tak terkata melihat kelibat mereka yang mulai sampai di dorm. Tapi semua budak form 4 buat macam biasa je... Aku pun.... Lepas tu, mereka tegur kitorang... Tanya-tanya sikit, berkenalan... Ada 8 orang semua... Ishaq, Nishaan, Naim, Izzat KR, Izzat Imadi, Zakwan, Ariff ngan Hakeem Badri. Petang tu kami berkenalan dengan lebih lagi. Rasa bimbang jugak mula-mula tengok mereka, sebab nampak macam gila-gila je... Ada jugak diorang melawak... Tapi aku cuba untuk masuk dengan karakter mereka. Petang tu juga kami, pelajar form 4 diberi tugas masing-masing di dalam dorm. Aku dapat tugas lap loker, dengan Aqhari. Senior pesan yang mereka ni memang gila-gila, tapi sebenarnya mereka ni baik... Beruntung kami dapat masuk dorm tu, kata mereka, kalau nak dibandingkan dengan dorm lain. Terbukti yang mereka ni sebenarnya friendly jugak.

Masuk asrama juga bermakna tiada lagi makanan yang dimasak oleh ibu kami yang boleh kami nikmati seperti sedia kala sebelum ini. Jadi, tak boleh tidak, kena la makan makanan yang dimasak oleh kakitangan Dewan Makan (DM) bermula hari tersebut.

Lagipun, kami bayar RM1 sehari untuk makan... Yang selebihnya, kerajaan yang tanggung, dalam RM 9.60 sehari, kalau tak silap. Takkan nak makan kat kantin, nanti banyakla habis duit. Jimat-jimat sikit... Masa mula-mula masuk DM, masa tengah hari tu, agak kekok la... Semua pun masih nampak muka ‘toya’ lagi... Almaklumlah, hari pertama masuk asrama... Secara jujurnya, aku pun samala.... Tapi aku gunakan kesempatan di DM untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru. Semua macam masih diam-diam masa awal-awal, sebab tak kenal semua orang, tapi kami cuba biasakan diri. Tapi ramai pekerja DM tu orang Indon... Tapi tak jadi masalah kot... Hanya masa yang akan menentukan.

Malam tu jugak, lepas Maghrib, ada sesi berkenalan dengan warden. Takut jugak tengok mereka masa mula-mula... Dengar perkataan ‘warden’ pun dah gerun, terbayang kegarangan dan ketegasan mereka kan. Sesi berkenalan tu kat Dewan Besar ASiS. Warden-warden semua duduk atas pentas. Lepas tu, mereka mula memperkenalkan diri. En. Ahmad Shafrin sebagai Ketua Warden... Warden-warden lain ada ramai jugak... En. Allen Jeyarajasingam, Ustaz Khiruddin, En. Shahril Adha, En. Zuri Afizu, En. Norazwan, En. Fauzi, En. Zairos Zaimy, En. Ghani, En. Badrul Hisham, En. Zulkifli Hamzah dan Ustaz Zulkifli Ahmad. Mereka terdiri daripada pelbagai biro, macam biro Makanan, Kesihatan, Disiplin, Tayangan dan Lawatan. Sesi tu walaupun ramai yang mengantuk sebab penat lepas seharian uruskan diri masing-masing, tapi kena fokus gak... Penting sangat. Banyak maklumat yang mereka sampaikan kepada kami untuk membimbing kami sepanjang kami berada di ASiS, terutamanya di peringkat yang awal ini.

Malam tu, berbual sikit dengan ahli-ahli dorm yang lain, nak kenal lebih rapat.. Lepas tu tidur saje.. Esoknya nanti ada latihan merentas desa masa petang. Kena kekalkan stamina jugak. Sebelum tidur, aku sempat mengelamun lagi... Bagaimana aku nak menonjolkan diri di ASiS, kerana semua orang kelihatan hebat-hebat.. Aku tidak mahu tenggelam, dalam pelbagai bidang, terutamanya pelajaran la. Nanti kalau aku berjaya masukkan diri aku dalam kelompok 30 terbaik, aku cukup puas hati. Tapi macam mana nak lakukannya?? Belajar pun belum... Aku tak mahu kehadiran aku di ASiS adalah sekadar membuang masa, dan merugikan aku sahaja. Aku ingin membuktikan sesuatu kepada insan-insan yang aku tinggalkan nun jauh di Kota Bharu. Bagaimana pula untuk mengenali semua orang ni?? Ramai betul.... Aduh... Aku akan cuba lagi esok... Masa untuk tidur, lepas penat seharian ni... Alhamdulillah, dapat tidur lena malam pertama tu.

Ada ke episod 4? Mestilah ada... Sebangunnya aku daripada tidur tu, banyak lagi yang jadi... Tunggu sambungannya ok, wahai pembaca-pembaca yang setia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan